Tuesday, 22 April 2014

NO KKM SF BEAUTY



Nampaknya ramai lagi yang tidak tahu cara periksa kelulusan dari KKM untuk produk-produk kosmetik khasnya. Jadi disini saya nak tunjuk cara2 untuk periksa kelulusan bagi produk-produk kami. Produk lain pun boleh juga asalkan kosmetik



First thing first, sebelum check tu mestilah kena tahu nombor kelulusan tu kan. Biasanya ada tertulis di kotak2 produk.

Contohnya nombor kelulusan KKM untuk produk SF Beauty :

Sabun Natural Vitamin C - NOT 130402992K
Sabun Natural Vitamin E - NOT 130401770K
SF Active Renewal Skin ( Night Cream) - NOT 130700027K
SF Protect & Perfect Day Cream - NOT 130604475K







Nombor2 ini diisu oleh pihak KKM sebagai reference kita bila nak periksa status kelulusan sesuatu produk tersebut dengan database KKM. Cara periksa status kelulusan KKM : -


1. Buka portal BIRO PENGAWALAN FARMASEUTIKAL KEBANGSAAN (BPFM)
Copy & paste link --> quest3.bpfk.gov.my/QUEST3_SEARCH/



2. Pilih butang Cosmetic Product Only di bawah pilihan Product Type.



3. Klik pilihan Search By dan pilih Product Registration No./Notification. No



4. Taip nombor kelulusan KKM pada ruang kotak dan tekan butang Search.



Selesai..............

SF BEAUTY ORI KE TAK???

Entry kali ni agak heavy jugak. Sebab utama saya create entry ni kerana terlalu ramai yang tanya saya ori ke tak ori SF yang diorang guna/beli. Saya hanya boleh 100% confirm SF tu ori jika beli dengan saya atau dealer bawah saya. Kenapa? Sebab saya beli direct dengan owner SF. Tak banyak lapisan. Direct dengan owner SF. So saya tahu SF yang saya jual adalah ORIGINAL.


Kalau korang dah beli dengan orang lain, mohon jangan tanya saya SF tu original ke tak. Kenapa saya tak nak membantu mengenalpasti SF tu ori ke tak??
  • Saya sendiri tak pasti 100% SF yg korang beli tu ori ke tak.
  • Saya tak nak rosakkan periuk nasi orang. 
  • Packaging sama sebijik, tapi adakah ianya ori? Kalau saya jawab ori, tp kenyataannya tidak, saya yg bertanggungjawab.
  • Packaging tak sama, tapi mungkin ianya ori. Maybe dealer masih jual packaging lama.

Banyak kemungkinan. Untuk mengelakkan daripada saya dari menfitnah entah siap-siapa, better saya jawab seperti dibawah :-
  •  "Boleh refer blog saya http://hanasfbeautyskincare.blogspot.com/
  •  Sila tanya dengan orang yang jual tu ye
  •  Kat blog saya ada gambar dan info untuk lastest packaging sf.. Boleh refer situ ye..

Tujuan saya mintak korang refer blog ni sebab saya nak pengguna buat decision sendiri berdasarkan info yang saya bagi kat blog. Rajin-rajin la baca apa yang saya post yer. Banyak info yang berguna untuk korang.



Jom tengok contoh-contoh pengguna yang bertanya saya tentang isu SF ori ke tak ori :-





Perbezaan diantara SF BEAUTY ORIGINAL & TIRUAN 

Diharap anda diluar sana dapat membezakan antara sf beauty original dan sf beauty yang tiruan !!!!!

~ Boleh nampak beza warna pada kotak
~ Sabun tiruan lebih nipis dari sabun original

P/S Dengan penjelasan ini pengguna boleh membezakan sf beauty ori & tiruan




CARA MENGGUNAKAN PRODUK SF BEAUTY


Bagi pengguna baru, adalah penting bagi anda memahami dan mengetahui cara betul pemakaian produk Sf Beauty agar anda mendapat hasil yang diidamkan serta berbaloi dengan wang yang dikeluarkan untuk membeli produk ini.


Pertama sekali, pastikan ada memilih set yang sesuai dengan masalah kulit anda (sabun pembersih sahaja yang berbeza, krim siang dan krim malam adalah sama)



-sabun Vit-C (warna hijau): khusus untuk kulit sensitif/jerawat, banyak parut atau terlalu berminyak. Ia juga sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah resdung kerana ia bertindak lebih lembut pada kulit.



-sabun Vit-E (warna kuning): untuk kulit normal, kering, gelap, kusam, tona tidak sekata, pori2 terbuka, kedutan halus, berjeragat (sesuai untuk mereka yang tiada masalah kulit teruk terutama bagi yang berusia 30-an ke atas)





Asas penggunaan:



- cuci muka dengan sabun 2 kali sehari (waktu pagi dan sebelum tidur)
- gunakan krim malam pada malam hari
- gunakan krim siang pada siang hari 



Krim pekat dan agak melekit. Di awal penggunaan, sila sapu pada wajah yang tidak dilap kering atau basahkan jari dengan sedikit air agar sapuan lebih mudah dan licin. Ia biasanya di alami oleh mereka yang berkulit kusam, kering atau berjerawat. Bagi mereka yang sudah memiliki kulit wajah licin bersih, sapuan krim sangat mudah. Cukup dengan calitan nipis sahaja sudah memadai.

Produk Sf Beauty tidak mengandungi hidroquinon yang menipiskan kulit muka, merah/memeritkan kulit muka namun tidak disarankan pada mereka yang memiliki kulit sangat sensitif dan alah pada bahan kosmetik. Ia membersih dan merawat secara lembut dan semulajadi.


Kebanyakan pengguna yang memiliki kulit kusam dan kurang penjagaan wajah sebelum ini akan mendapati kulit mereka mengalami sedikit penggelupasan halus pada minggu 1-2. Ini disebabkan lapisan sel2 kulit mati di permukaan kulit tertanggal, proses penggantian sel2 baru berlaku bagi menghasilkan kulit yang lebih bersih, cerah dan licin sekata.



Jika di awal penggunaan muka terasa pedih, hentikan penggunaan krim malam untuk beberapa hari tetapi rutin pemakaian sabun pembersih dan krim siang usah diabaikan. Selepas kulit pulih baru gunakan semula krim malam seperti biasa.



Antara kesan awal yang lain ialah rasa gatal2 di tempat yang bermasalah dan pengeluaran minyak berlebihan untuk beberapa hari sahaja. Kemudian keadaan kulit kembali normal, terasa segar, lembab semulajadi, halus dan anjal secara beransur-ansur.




Berapa lama untuk melihat hasilnya?


Selain masalah kulit individu, faktor2 lain juga turut menyumbang kepada cepat atau lambat nya produk ini berkesan kepada kulit anda seperti persekitaran (tempat kerja, tekanan), usia (remaja lebih cepat kerana metabolisme tinggi, sel2 kulit aktif menyerap khasiat produk) dan pemakanan (pengambilan kolagen misalnya membantu kulit lebih sihat dari dalam).



Kebiasaannya kesan awal sudah dapat dilihat dalam tempoh 2-3 minggu pertama. Jerawat berkurangan, kulit lebih halus, pori2 mengecil, cerah dan terasa lembab semulajadi.



Selepas penggunaan selama 4-6 minggu, parut jerawat kian pudar, jeragat mulai hilang, garis2 halus berkurangan, kulit lebih anjal dan mulus.



Wajah bebas dari sebarang cela dan masalah selepas penggunaan 3-6 bulan.



Teruskan rutin pemakaian dan anda pasti yakin dengan kehebatan produk ini dalam menampilkan kulit sihat menawan! Ia semulajadi dan tidak memudaratkan kulit untuk penggunaan berterusan/jangka panjang malahan mampu melambatkan tanda2 penuaan wajah setiap individu yang menggunakannya sebagai asas penjagaan kulit harian.




CARA PENGGUNAAN SET PRODUK SF BEAUTY

  • Cuci muka dengan sabun SF Beauty 2 kali sehari
  • Gunakan krim malam SF Beauty pada malam hari
  • Guna krim siang SF Beauty pada siang hari (sebagai pelindung UV)

Sapuan kedua krim adalah nipis sahaja, jika kulit kering, basahkan hujung jari dengan air bagi memudahkan sapuan. atau selepas bilas muka, tak perlu lap, just tunggu hingga air habis menitik, air tinggal air sikit sikit lagi di wajah, dah boleh sapu cream


Jika pada awal penggunaan muka terasa pedih, hentikan penggunaan krim malam tetapi teruskan dengan krim siang dan sabun. Selepas 2 atau 3 hari gunakan semula krim malam.
Antara kesan awal yang biasa ialah rasa gatal di tempat yang bermasalah dan pengeluaran minyak berlebihan (biasanya kesan in hanya sementara dan akan beransur kurang). Kadangkala bagi kulit yang kurang mendapat penjagaan sebelumnya akan berlaku sedikit pengelupasan HALUS di bahagian yang bermasalah (proses membuang sel-sel mati). Teruskan penggunaan, manfaat produk akan lebih terserlah


SF BEAUTY LOOSE PAKAGING (TWIN BOX)


SF BEAUTY DENGAN PAKAGING TERBARU

Mengapa KRIM MALAM SF BEAUTY harus digunakan?


1. krim mlm membantu menyegar dan memperbaiki semula jaringan sel wajah yg terganggu selama kita melakukan aktiviti di bwh sinaran matahari di siang hari

2. krim mlm akn menutrisi dan meremajakan kulit wajah

3. menghalus, dan mengecilkan liang pori

4. menstimulasi pembentukan jaringan kulit baru

5. mengurangkan kedutan dan noda hitam di wajah

6. memutih dgn kadar yg optima

7. meningkatkan keanjalan struktur wajah

8. menghilangkan jerawat dan parut lama

9. memberi kelembapan dan kesegaran pd wajah

10. dgn menggunakan krim mlm, kita dpt menghilangkan stress krn wajah dan tubuh akan seiring utk beristirehat :-)


SABUN SF BEAUTY VITAMIN C

Vitamin C (asid askorbik) dalam sabun pembersih SF Beauty membantu
mereka yang bermasalah jerawat dengan mengawal pembiakan bakteria 
penyebab jerawat, mempercepatkan kesembuhan luka, merawat parut serta
menguatkan tisu kulit dan badan. Vitamin C amat diperlukan dalam proses 
pembentukan kolagen, iaitu jalinan protein penting yang berperanan membentuk 
lapisan kulit sihat dan kuat. Selain itu, Vitamin C juga berupaya mengawal 
pengeluaran sebum berlebihan yang menyebabkan kulit sangat berminyak, 
yang akhirnya menutup pori2 kulit dan menyebabkan bintik putih dan hitam 
di wajah. Dengan amalan berterusan, kulit tampil lebih licin, halus dan anjal.



SABUN SF BEAUTY VITAMIN E

Sabun pembersih SF Beauty berumusan Vitamin E (tocopherol acetate) pula 
bersifat antioksidan yang melindungi kulit dari kerosakan yang berpunca akibat 
sinar UV serta pencemaran. Ia mengaktifkan metabolisma bagi merangsang 
pertumbuhan kulit baru yang sihat, membantu sel2 kulit mendapat lebih 
oksigen dan kekal lembab. Hasilnya kulit lebih licin berseri, cerah serta 
mengelakkan penuaan pramatang seperi kedutan halus dan jeragat.



MANFAAT KRIM MALAM SF BEAUTY

Sebelum ini saya seperti sebahagian mereka yang lain di luar sana beranggapan mencuci dan membersihkan muka dari sebarang kotoran/mekap sebelum tidur itu sudah cukup untuk melengkapkan regim penjagaan wajah seharian. Namun kenyataan itu tidak benar sama sekali kerana penggunaan krim malam adalah SANGAT PENTING terutama bagi mereka yang sudah melewati usia 30-an.


Krim malam mempunyai fungsi yang jauh lebih utama dalam mengekalkan kecantikan kulit, sama pentingnya dengan krim siang yang peranan nya lebih tertumpu kepada membekalkan kelembapan berterusan serta perlindungan dari sinar UV yang menggelapkan kulit.



Semasa tidur, kita berada dalam keadaan rehat secukupnya dan bebas stress. Maka kulit berada dalam keadaan bersedia untuk menyerap segala vitamin yang terkandung dalam krim secara optimum, menembus jauh ke dalam agar mampu bertindak lebih efektif dalam menangani tanda2 penuaan, memperbaiki dan memperbaharui sel2 kulit yang rosak, mengangkat sel-sel kulit mati dan meremajakan lapisan kulit dari dalam.



Hasil amalan berterusan, kita pasti merasai perbezaan nya. Kita tidak mampu menghalang penuaan, tetapi kita boleh melambatkan proses itu dengan penjagaan wajah yang sewajarnya dari awal.




KANDUNGAN KRIM MALAM SF BEAUTY





Krim malam SF Beauty pula diperkaya dengan sumber tumbuh-tumbuhan pergunungan serta zat tambahan dari sarang burung walit. Ia berupaya menyubur dan merangsang sel kulit agar sentiasa awet muda, halus, licin, lembut dan anjal. Selain menyegar dan melembabkan kulit, khasiat sarang burung walit juga boleh mengurangkan kedutan halus serta mencerahkan wajah.

KANDUNGAN KRIM SIANG SF BEAUTY

Selain kunyit, kandungan yang ada dalam produk krim siang Sf Beauty ialah temulawak. Sejenis tumbuhan herba yang turut kaya antioksidan yang melambatkan proses penuaan, turut berkesan mengubati jerawat dan merawat bintik2 hitam pada kulit.

Krim malam Sf Beauty pula diperkaya dengan sumber tumbuh-tumbuhan pergunungan serta zat tambahan dari sarang burung walit. Ia berupaya menyubur dan merangsang sel kulit agar sentiasa awet muda, halus, licin, lembut dan anjal. Selain menyegar dan melembabkan kulit, khasiat sarang burung walit juga boleh mengurangkan kedutan halus serta mencerahkan wajah.

Bagi sabun pembersih pula, ia ada campuran ekstrak buah-buahan dan madu lebah. Keistimewaan madu lebah memang sudah diketahui umum dalam memberikan kesihatan dan kecantikan kulit sejak zaman berzaman.

Gunakan set produk Sf Beauty secara teratur dan hasilnya pasti memuaskan hati anda. Ia produk yang selamat dan tiada kesan sampingan, malahan tidak membuatkan kulit kembali gelap atau kusam sekiranya pengguna berhenti menggunakannya.





Kelulusan TERBARU KKM, NOT13 Sf Beauty

kami memang dah dapat kelulusan KKM sebelum ni, tp ada pihak yg tak bertanggungjawab menghantar sample SF Beauty TIRUAN kepada pihak KKM. So sebenarnya, kandungan barangan terlarang itu terdapat dalam sf beauty tiruan bukan yg original.



Disebabkan tindakan tidak bertanggung jawab pihak terbabit, kami terpaksa untuk memohon semula kelulusan dan TERBUKTI sekali lagi bahawa produk kami tidak mengandungi bahan terlarang dan kami berjaya mendapat kelulusan baru. 


Saya harap, jawapan saya ni dapat menyelesaikan segala salah paham yang berlaku



SABUN SF BEAUTY (SABUN E & C)

Sabun pembersih wajah Sf Beauty dirumus dari ekstrak buah dan rempah ratus tempatan terpilih, diperkaya dengan Vitamin C dan E untuk memelihara kelembutan dan kelembapan kulit secara alami. Didatangkan dengan 2 pilihan untuk pengguna, bersesuaian dengan masalah dan jenis kulit yang mereka miliki. Ia mengandungi asid glycolic (terhasil dari buah-buahan), yang berperanan mengangkat sel2 kulit mati secara lembut, dan memberi kesan penggelupasan yang sangat minimum serta menghalang pertumbuhan jerawat


KELIRU MEMILIH SABUN PEMBERSIH WAJAH






Ramai keliru untuk memilih sabun pembersih mana yang mereka patut guna. Kulit yang cantik dan sihat bukanlah warisan dari salasilah keluarga semata-mata. Akibat faktor cuaca, persekitaran, kesilapan skincare terdahulu serta tabiat pemakanan kurang sihat, maka jenis kulit boleh berubah-ubah. Andai sebelum ini anda berkulit halus atau normal, kini sesetengah bahagian wajah menjadi berminyak, kering atau sensitif. Hasilnya kebanyakan di antara kita memiliki jenis kulit kombinasi, macam2 masalah kulit wajah boleh timbul dalam satu masa.

Jadi bagaimana untuk memilih sabun pembersih Sf Beauty yang sesuai?

Pertama, ketahui fungsi dan kelebihan sabun pembersih tersebut. Secara ringkas, Vit-C adalah untuk 'merawat' juga membantu pertumbuhan sel2 kulit baru agar lebih sihat manakala Vit-E pula berperanan 'melindungi' serta memulih sel2 kulit sedia ada yang lesu/tidak bermaya supaya kembali segar/aktif dan lebih muda.

Kedua, kenali masalah kulit yang utama. Jika anda mengalami masalah jerawat teruk misal nya, tentulah anda perlu memilih set vit-C. Tanpa kehadiran vit-C, tisu kulit baru yang tumbuh akan alami kecacatan, kerana jaringan kolagen yang terbina dari dalam tidak cukup kuat untuk melahirkan kulit yang anjal dan sihat. Itulah punca kenapa terjadinya lopak2 atau bekas jerawat yang berlubang..

Ketiga, amati tahap sensitiviti kulit anda. Wajah kusam dan tampak normal adakala sangat sensitif terhadap sebarang bahan2 skincare. Ini boleh dilihat seandainya anda terkena terik matahari, wajah terus merah berbelang, bertukar produk kosmetik boleh membuatkan wajah naik ruam, berminyak atau berjerawat. Jadi jika anda dalam kategori berkulit sensitif (walau pun masalah utama anda kusam dan berjeragat) anda perlukan sabun Vit-C juga kerana ia lebih lembut pada kulit.

Keempat, sesuaikan dengan usia dan persekitaran. Untuk awal remaja yang sentiasa aktif, sama ada anda bermasalah kulit atau tidak (menjaga dan merawat kulit bukan hanya buat mereka yang alami masalah wajah serius, tapi ia rutin yang perlu di amalkan dari usia muda hingga ke akhir hayat), maka pilih lah Vit-C agar kulit anda sentiasa lembut dan halus. Bagi mereka yang sudah dewasa, terutama berusia pertengahan usia 30-an ke atas, pilihan yang sesuai untuk anda tentulah Vit-E kerana kandungan antioksidan nya berupaya melambatkan tanda2 penuaan awal seperti jeragat, kedutan halus dan struktur kulit yang kian hilang keanjalan.

Moga panduan ringkas ini dapat membantu anda membuat pemilihan yang tepat. Namun seandainya anda sudah pun membeli dan menggunakan sabun pembersih yang 'kurang tepat' seperti dinyatakan di atas, contohnya, jika anda berkulit sensitif tetapi membeli set vit-E, tidak mengapa.. cuma cara penggunaan itu perlu disesuaikan semula. Usah biarkan buih2 sabun terlalu lama pada wajah, bilas secepatnya dan sapu krim sewaktu kulit masih lembab agar kulit tidak merengsa dan kering.


Sunday, 20 April 2014

Rampasan SF BEAUTY TIRUAN


PERHATIAN  !!!!!


Assalamualaikum..

Haaaa...nampak tak tanda amaran bagai kat atas tu.. Actually kami nak bgtau mengenai rampasan SF Beauty TIRUAN yang bernilai RM600,000 pada 18 March 2014, lebih kurang dalam tengah hari kot. Kami dapat info jam 2:43pm..

Hasil investigation owner SF Beauty dan hal ehwal pengguna, akhirnya mereka berjaya menjejaki orang yang bertanggungjawab membuat SF Beauty Tiruan ini. Orang Kelantan jugak.. Diorang guna 2 buah lori untuk rampas SF Beauty Tiruan ni.. Amikk kauuu !!! Geram sangat sebab diorang la punca No KKM SF ditarik balik.

Dah lama dah kami tahu siapa punya angkara. Tapi nak tengok, media mendedahkan tak angkara siapa.. Yang buat Sf Beauty Tiruan ni pun ada product sendiri.


Kat dalam gambar ni korang boleh tengok diorang copy sebijik kan? Tapi ada bezanya. Cuba tengok betul-betul. krim yg tiruan still tak guna nama baru. Buat masa sekarang kita tampal sticker pada penutup botol bertujuan menukar nama krim. Lagi satu, kotak tidak di seal. Latest packaging sekarang, kita dah seal sume kotak termasuk loose.

Dah banyak kali dah kami remind. Pastikan korang kenal dengan siapa korang beli SF Beauty. Jangan tengok harga murah, terus beli. SF Beauty TIRUAN kebanyakannya dijual dengan harga RM85 ke bawah untuk satu set. Kenapa diorang boleh jual murah? Sebab diorang boleh dapat dengan harga murah. Kenapa adanya SF Beauty TIRUAN? Kerana SF Beauty merupakan produk terlaris abad ini. Betol tak???

Setakat ini, ini sahaja gambar yang kami ada untuk dishare. Kalau ada gambar lain atau maklumat lain yang boleh dikongsi bersama, insyaa Allah akan diupdate.

Testimoni SF BEAUTY SKINCARE

Komen dari Customer


Assalamualaikum, Saya menjual SF Beauty ni bukanlah secara sepenuh masa kerana saya bekerja di bidang lain. Kalau time kerja banyak, memang tak sempat saya nak mengupdate. So, hari ni agak lapang dan senang untuk saya mengupdate sikit blog yang x seberapa ini.

Testimoni ni agak penting kepada stokis @ dealer untuk melariskan produk. Testimoni adalah bukti kejayaan  pengguna SF Beauty yang pernah menggunakan SF Beauty sebelum ini.








Sebarang pertanyaan @ tempahan boleh hubungi saya : sms/whtsapp/viber/wechat   
                               
017 2100247

Saturday, 19 April 2014

SF Beauty Skincare

SF Beauty merupakan produk kecantikan dirumuskan khas buat WANITA dan LELAKI. Pengasas nya berasal daripada Ketereh, Kota Bharu, Kelantan.

Penjualan produk ini bermula daripada tahun 2007, di kala itu ianya hanya di jual untuk kalangan keluarga dan rakan terdekat sahaja. Ianya langsung tidak di jual d pasaran terbuka @ salon kecantikan. NAMUN disebabkan KEBERKESANANNYA membuatkan produk ini meneliti dari mulut ke mulut oleh pengguna yg sudah berpuashati dengan HASIL yg sangat MENAKJUBKAN yg boleh dilihat dalam BEBERAPA minggu SAHAJA.

Sf Beauty hasil daripada penemuan sumber semulajadi diadunkan khas daripada ekstrak buah-buahan dan rempah ratus terpilih.

Amat sesuai untuk semua jenis kulit. Terdapat dua (2) set pilihan iaitu:-

1. Kulit Normal/Berjeragat
2. Kulit Berjerawat

Setiap Set terdiri daripada 3 item iaitu sabun pembersih, krim siang dan krim malam.

Penggunaannya amat ringkas dan sangat2 memudahkan, ianya dapat menjaga dan merawat kulit rosak/kusam/berparut dan kedutan halus agar terselah lagi kecantikan asli setiap individu yg pasti mencubanya.

Ia juga membantu meningkatkan metabolisma kulit dengan penjanaan sel2 baru, merencatkan proses penuaan,mengurangkan jeragat/pigmentasi, menambahkan keanjalan kulit dan mengekalkan kelembapan semulajadi agar anda tampil segar,berseri dan muda sentiasa INSYAALLAH.
                                                                 
                                                                                                                                    

                                         SET VITAMIN E  &  C (NEW PAKAGING)



                                                              
SET VITAMIN E




                                                  
                           SABUN VITAMIN E & TWIN BOX (KRIM SIANG & MALAM)





KENALI SET PILIHAN ANDA :


                                                            
SF Beauty penemuan daripada sumber semulajadi untuk rawatan kulit yang ringkas bagi menyerlahkan kecantikan semulajadi.


SF Beauty bertindak :

✔ meningkatkan metabolisma kulit dgn penjanaan sel-sel baru
✔ merencatkan proses penuaan
✔ mengurangkan garis-garis halus
✔ menambahkan ketegangan kulit
✔ mengekalkan kelembapan semulajadi agar kelihatan muda sentiasa.

Produk yang dirumus di Kelantan, Malaysia. 
SF Beauty berkesan membantu menyelesaikan masalah kulit muka seperti:

✔ jeragat
✔ kulit kusam
✔ jerawat
✔ parut-parut jerawat

SF Beauty Skin Care ini mempunyai dua set iaitu :


1. set untuk kulit biasa
2. set kulit sensitif

Setiap set mengandungi 1 biji sabun, 1 krim siang dan 1 krim malam. 



CARA PENGGUNAAN
==================



✔ Pilih sabun yang sesuai dengan kulit anda. 



✔ Sabun Vitamin C khusus untuk kulit sensitif, berjerawat, banyak parut atau berberminyak. Sesuai untuk yang mengalami masalah resdung. 

✔ Sabun Vitamin E adalah untuk kulit normal, kering, gelap, kusam, tona tidak sekata, pori2 terbuka, kedutan halus atau berjeragat (sesuai untuk mereka yang tiada masalah kulit teruk terutama bagi yang berusia 30-an ke atas). 

✔ Cara penggunaan sangat mudah. 
Cuci muka dengan sabun 2 kali sehari (waktu pagi dan sebelum tidur). 

✔ Gunakan krim malam pada waktu malam, sapu sebelum tidur. 

✔Gunakan krim siang pada siang hari, selepas membasuh muka di waktu pagi.

.::. Tips : jika sukar untuk menyapu krim yang pekat, pastikan muka tidak betul-betul kering. sedikit air akan menyenangkan krim disapu dimuka. Tidak perlu pakai terlalu tebal, cuma sapuan yang nipis mencukupi. 


Produk Sf Beauty tidak mengandungi hidroquinon yang menipiskan kulit muka, menyebabkan kulit muka merah atau terasa perit. Sila hentikan penggunaan jika kulit muka anda terlalu sensitif. Jika muka terasa pedih, penggunaan krim malam boleh diselang selikan harinya. 


Hentikan penggunaan kosmetik lain ketika menggunakan produk SF Beauty. 


KESAN SAMPINGAN Sedikit pengelupasan yang halus mungkin terjadi di bahagian muka tertentu, utk sesetengah pelanggan.
Ini adalah proses semulajadi, untuk menggantikan kulit dengan sel-sel yang baru. Ada sesetengah pelanggan mengalami gatal-gatal, peluh berlebihan atau pengeluaran minyak berlebihan. Ini adalah kesan sementara waktu sahaja.
Perubahan kulit muka yang positif biasanya akan dapat dilihat selepas 2 minggu menggunakan SF Beauty dengan konsisten. 

Kulit wajah akan pulih sepenuhnya dalam masa 1 bulan lebih, insyaallah. Produk SF Beauty telah diluluskan selamat untuk diguna oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. 

BEBAS DARI HYDROQUINONE.

Nombor registration : krim siang NOT130401768K krim malam NOT130401769K sabun NOT130401770K 
( Sumber : The National Pharmaceutical Control Bureau (NPCB) website, 
dibawah KKM )







HARGA PRODUK 


SF SET TRIAL VITAMIN C
Night CreamDay CreamSoap Vit C (Hijau)
Harga Pasaran adalah RM79.90
Harga Yang Kami Tawarkan RM70.00

SF SET TRIAL VITAMIN E
Night CreaDay CreamSoap Vit C (Coklat Cair)
Harga Pasaran adalah RM79.90
Harga Yang Kami Tawarkan RM70.00

SF SET BESAR VITAMIN C
Night CreamDay CreamSoap Vit C (Hijau)
Harga Pasaran adalah RM124.80
Harga Yang Kami Tawarkan RM90.00

SF SET BESAR VITAMIN E
Night CreamDay CreamSoap Vit C (Coklat Cair)
Harga Pasaran adalah RM119.80
Harga Yang Kami Tawarkan RM90.00

SF SET KRIM
Night Cream + Day Cream
Harga Pasaran adalah RM79.90
Harga Yang Kami Tawarkan RM75.00
OLEH JUGA DI BELI DALAM LOOSE PACK
SF BEAUTY Facial Soap Vitamin C (hijau)
Harga Asal  : RM44.90
Harga kami : RM35.00

SF BEAUTY Facial Soap Vitamin E (kuning)
Harga Asal  : RM39.90
Harga kami : RM35.00

SF BEAUTY Day Cream
Harga Asal  : RM49.90
Harga kami : RM40.00

SF BEAUTY Night Cream
Harga Asal  : RM49.90
Harga kami : RM40.00

INCLUDE POSTAGE !!!!!!!!!!!

Untuk sebarang info/ tempahan, sila call/sms/whatsapp/wechat : ☎ : 
017-210 0247