Tuesday, 22 April 2014

NO KKM SF BEAUTY



Nampaknya ramai lagi yang tidak tahu cara periksa kelulusan dari KKM untuk produk-produk kosmetik khasnya. Jadi disini saya nak tunjuk cara2 untuk periksa kelulusan bagi produk-produk kami. Produk lain pun boleh juga asalkan kosmetik



First thing first, sebelum check tu mestilah kena tahu nombor kelulusan tu kan. Biasanya ada tertulis di kotak2 produk.

Contohnya nombor kelulusan KKM untuk produk SF Beauty :

Sabun Natural Vitamin C - NOT 130402992K
Sabun Natural Vitamin E - NOT 130401770K
SF Active Renewal Skin ( Night Cream) - NOT 130700027K
SF Protect & Perfect Day Cream - NOT 130604475K







Nombor2 ini diisu oleh pihak KKM sebagai reference kita bila nak periksa status kelulusan sesuatu produk tersebut dengan database KKM. Cara periksa status kelulusan KKM : -


1. Buka portal BIRO PENGAWALAN FARMASEUTIKAL KEBANGSAAN (BPFM)
Copy & paste link --> quest3.bpfk.gov.my/QUEST3_SEARCH/



2. Pilih butang Cosmetic Product Only di bawah pilihan Product Type.



3. Klik pilihan Search By dan pilih Product Registration No./Notification. No



4. Taip nombor kelulusan KKM pada ruang kotak dan tekan butang Search.



Selesai..............

SF BEAUTY ORI KE TAK???

Entry kali ni agak heavy jugak. Sebab utama saya create entry ni kerana terlalu ramai yang tanya saya ori ke tak ori SF yang diorang guna/beli. Saya hanya boleh 100% confirm SF tu ori jika beli dengan saya atau dealer bawah saya. Kenapa? Sebab saya beli direct dengan owner SF. Tak banyak lapisan. Direct dengan owner SF. So saya tahu SF yang saya jual adalah ORIGINAL.


Kalau korang dah beli dengan orang lain, mohon jangan tanya saya SF tu original ke tak. Kenapa saya tak nak membantu mengenalpasti SF tu ori ke tak??
  • Saya sendiri tak pasti 100% SF yg korang beli tu ori ke tak.
  • Saya tak nak rosakkan periuk nasi orang. 
  • Packaging sama sebijik, tapi adakah ianya ori? Kalau saya jawab ori, tp kenyataannya tidak, saya yg bertanggungjawab.
  • Packaging tak sama, tapi mungkin ianya ori. Maybe dealer masih jual packaging lama.

Banyak kemungkinan. Untuk mengelakkan daripada saya dari menfitnah entah siap-siapa, better saya jawab seperti dibawah :-
  •  "Boleh refer blog saya http://hanasfbeautyskincare.blogspot.com/
  •  Sila tanya dengan orang yang jual tu ye
  •  Kat blog saya ada gambar dan info untuk lastest packaging sf.. Boleh refer situ ye..

Tujuan saya mintak korang refer blog ni sebab saya nak pengguna buat decision sendiri berdasarkan info yang saya bagi kat blog. Rajin-rajin la baca apa yang saya post yer. Banyak info yang berguna untuk korang.



Jom tengok contoh-contoh pengguna yang bertanya saya tentang isu SF ori ke tak ori :-





Perbezaan diantara SF BEAUTY ORIGINAL & TIRUAN 

Diharap anda diluar sana dapat membezakan antara sf beauty original dan sf beauty yang tiruan !!!!!

~ Boleh nampak beza warna pada kotak
~ Sabun tiruan lebih nipis dari sabun original

P/S Dengan penjelasan ini pengguna boleh membezakan sf beauty ori & tiruan




CARA MENGGUNAKAN PRODUK SF BEAUTY


Bagi pengguna baru, adalah penting bagi anda memahami dan mengetahui cara betul pemakaian produk Sf Beauty agar anda mendapat hasil yang diidamkan serta berbaloi dengan wang yang dikeluarkan untuk membeli produk ini.


Pertama sekali, pastikan ada memilih set yang sesuai dengan masalah kulit anda (sabun pembersih sahaja yang berbeza, krim siang dan krim malam adalah sama)



-sabun Vit-C (warna hijau): khusus untuk kulit sensitif/jerawat, banyak parut atau terlalu berminyak. Ia juga sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah resdung kerana ia bertindak lebih lembut pada kulit.



-sabun Vit-E (warna kuning): untuk kulit normal, kering, gelap, kusam, tona tidak sekata, pori2 terbuka, kedutan halus, berjeragat (sesuai untuk mereka yang tiada masalah kulit teruk terutama bagi yang berusia 30-an ke atas)





Asas penggunaan:



- cuci muka dengan sabun 2 kali sehari (waktu pagi dan sebelum tidur)
- gunakan krim malam pada malam hari
- gunakan krim siang pada siang hari 



Krim pekat dan agak melekit. Di awal penggunaan, sila sapu pada wajah yang tidak dilap kering atau basahkan jari dengan sedikit air agar sapuan lebih mudah dan licin. Ia biasanya di alami oleh mereka yang berkulit kusam, kering atau berjerawat. Bagi mereka yang sudah memiliki kulit wajah licin bersih, sapuan krim sangat mudah. Cukup dengan calitan nipis sahaja sudah memadai.

Produk Sf Beauty tidak mengandungi hidroquinon yang menipiskan kulit muka, merah/memeritkan kulit muka namun tidak disarankan pada mereka yang memiliki kulit sangat sensitif dan alah pada bahan kosmetik. Ia membersih dan merawat secara lembut dan semulajadi.


Kebanyakan pengguna yang memiliki kulit kusam dan kurang penjagaan wajah sebelum ini akan mendapati kulit mereka mengalami sedikit penggelupasan halus pada minggu 1-2. Ini disebabkan lapisan sel2 kulit mati di permukaan kulit tertanggal, proses penggantian sel2 baru berlaku bagi menghasilkan kulit yang lebih bersih, cerah dan licin sekata.



Jika di awal penggunaan muka terasa pedih, hentikan penggunaan krim malam untuk beberapa hari tetapi rutin pemakaian sabun pembersih dan krim siang usah diabaikan. Selepas kulit pulih baru gunakan semula krim malam seperti biasa.



Antara kesan awal yang lain ialah rasa gatal2 di tempat yang bermasalah dan pengeluaran minyak berlebihan untuk beberapa hari sahaja. Kemudian keadaan kulit kembali normal, terasa segar, lembab semulajadi, halus dan anjal secara beransur-ansur.




Berapa lama untuk melihat hasilnya?


Selain masalah kulit individu, faktor2 lain juga turut menyumbang kepada cepat atau lambat nya produk ini berkesan kepada kulit anda seperti persekitaran (tempat kerja, tekanan), usia (remaja lebih cepat kerana metabolisme tinggi, sel2 kulit aktif menyerap khasiat produk) dan pemakanan (pengambilan kolagen misalnya membantu kulit lebih sihat dari dalam).



Kebiasaannya kesan awal sudah dapat dilihat dalam tempoh 2-3 minggu pertama. Jerawat berkurangan, kulit lebih halus, pori2 mengecil, cerah dan terasa lembab semulajadi.



Selepas penggunaan selama 4-6 minggu, parut jerawat kian pudar, jeragat mulai hilang, garis2 halus berkurangan, kulit lebih anjal dan mulus.



Wajah bebas dari sebarang cela dan masalah selepas penggunaan 3-6 bulan.



Teruskan rutin pemakaian dan anda pasti yakin dengan kehebatan produk ini dalam menampilkan kulit sihat menawan! Ia semulajadi dan tidak memudaratkan kulit untuk penggunaan berterusan/jangka panjang malahan mampu melambatkan tanda2 penuaan wajah setiap individu yang menggunakannya sebagai asas penjagaan kulit harian.




CARA PENGGUNAAN SET PRODUK SF BEAUTY

  • Cuci muka dengan sabun SF Beauty 2 kali sehari
  • Gunakan krim malam SF Beauty pada malam hari
  • Guna krim siang SF Beauty pada siang hari (sebagai pelindung UV)

Sapuan kedua krim adalah nipis sahaja, jika kulit kering, basahkan hujung jari dengan air bagi memudahkan sapuan. atau selepas bilas muka, tak perlu lap, just tunggu hingga air habis menitik, air tinggal air sikit sikit lagi di wajah, dah boleh sapu cream


Jika pada awal penggunaan muka terasa pedih, hentikan penggunaan krim malam tetapi teruskan dengan krim siang dan sabun. Selepas 2 atau 3 hari gunakan semula krim malam.
Antara kesan awal yang biasa ialah rasa gatal di tempat yang bermasalah dan pengeluaran minyak berlebihan (biasanya kesan in hanya sementara dan akan beransur kurang). Kadangkala bagi kulit yang kurang mendapat penjagaan sebelumnya akan berlaku sedikit pengelupasan HALUS di bahagian yang bermasalah (proses membuang sel-sel mati). Teruskan penggunaan, manfaat produk akan lebih terserlah


SF BEAUTY LOOSE PAKAGING (TWIN BOX)


SF BEAUTY DENGAN PAKAGING TERBARU

Mengapa KRIM MALAM SF BEAUTY harus digunakan?


1. krim mlm membantu menyegar dan memperbaiki semula jaringan sel wajah yg terganggu selama kita melakukan aktiviti di bwh sinaran matahari di siang hari

2. krim mlm akn menutrisi dan meremajakan kulit wajah

3. menghalus, dan mengecilkan liang pori

4. menstimulasi pembentukan jaringan kulit baru

5. mengurangkan kedutan dan noda hitam di wajah

6. memutih dgn kadar yg optima

7. meningkatkan keanjalan struktur wajah

8. menghilangkan jerawat dan parut lama

9. memberi kelembapan dan kesegaran pd wajah

10. dgn menggunakan krim mlm, kita dpt menghilangkan stress krn wajah dan tubuh akan seiring utk beristirehat :-)


SABUN SF BEAUTY VITAMIN C

Vitamin C (asid askorbik) dalam sabun pembersih SF Beauty membantu
mereka yang bermasalah jerawat dengan mengawal pembiakan bakteria 
penyebab jerawat, mempercepatkan kesembuhan luka, merawat parut serta
menguatkan tisu kulit dan badan. Vitamin C amat diperlukan dalam proses 
pembentukan kolagen, iaitu jalinan protein penting yang berperanan membentuk 
lapisan kulit sihat dan kuat. Selain itu, Vitamin C juga berupaya mengawal 
pengeluaran sebum berlebihan yang menyebabkan kulit sangat berminyak, 
yang akhirnya menutup pori2 kulit dan menyebabkan bintik putih dan hitam 
di wajah. Dengan amalan berterusan, kulit tampil lebih licin, halus dan anjal.



SABUN SF BEAUTY VITAMIN E

Sabun pembersih SF Beauty berumusan Vitamin E (tocopherol acetate) pula 
bersifat antioksidan yang melindungi kulit dari kerosakan yang berpunca akibat 
sinar UV serta pencemaran. Ia mengaktifkan metabolisma bagi merangsang 
pertumbuhan kulit baru yang sihat, membantu sel2 kulit mendapat lebih 
oksigen dan kekal lembab. Hasilnya kulit lebih licin berseri, cerah serta 
mengelakkan penuaan pramatang seperi kedutan halus dan jeragat.